Menjawab Keyword
1. Hacker Termuda?
Keyword ni paling kerap masuk dalam blog ni.. Aku cuba jawab la apa yang aku tahu ek.. Kalau salah jangan marah..
Hacker paling muda dan paling banyak hasil kerjanya kat internet ialah Markus, maaf last name die aku tak tahu.. Beliau berasal dari German dan mula berkecimpung dalam dunia hacking bermula pada umur 13 tahun.. Pada umur 13 tahun beliau tertumpu pada kegiatan software/games cracking. Disebabkan storan hard drive yang dimiliki tidak mencukupi untuk menampung segala software/games yang di crack olehnya, maka dia ber alih pula pada kegiatan hacking server yang dimiliki oleh syarikat2 besar di seluruh dunia.
Kepakaran yang dimiliki beliau telah dihidu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.. Kepakaran beliau telah digunakan untuk kegiatan jenayah siber dikenali sebagai click-through fraud yang tertumpu pada web pengiklanan. Hasil kerja beliau kekal sehingga sekarang.
2. Browser terbaik s60v5?
Mengikut pengalaman aku, browser paling terbaik untuk platform s60v5 ialah UC Browser.. Ringan, laju, dan stabil..
Apa lagi? download la sekarang di http://www.ucweb.com/English/UCbrowser/product_choose_browser.html
3. Nurse cantik?
Amboiii engko yang search keyword ni minat kat nurse cantik je ke? Aku paham keinginan kau, sebab aku pun lelaki sejati jugak.. Mintak2 tak kantoi dengan Si Mila ni aku curi gambar dia.. hehe
Kalau kau orang nak layan Nurse yang cantik2 sila ke sini http://nursecantikkoleksi .blogspot.com
4. Sistem politik yang terbaik?
Sistem politik paling terbaik ialah sistem politik yang menjadikan Al-quran dan Hadis sebagai rujukan.. Politik dan Agama tak buleh dipisahkan.. Tapi ada satu negara Islam ni cakap jangan campur adukkan Agama dan Politik sekali.. Sekular ke ape engkorang ni? Dahla kira undi pun dalam gelap.. Kau tak jadikan Quran dan Sunnah sebagai rujukan sebab tu lah rasuah berleluasa, kroni2 semua perut kedepan.. Kita rakyat yang merana.. Bila lagi rakyat nak rasa dapat perut kedepan macam pak2 menteri? hishhh.. Terpolitik pula.. hehe
Sistem politik yang terbaik ialah Majlis Syura (Khilafah Islam) dan Sistem politik paling buruk pula ialah Demokrasi (barat)..
5. Soalan 18sx?
Nah link untuk kau orang lepaskan nafsu kuda tuh.. http://goshtubeevil.com
Ps: awek Kedah memang cun..
Kelebihan dan Kekurangan Membina Komputer
Rata2 dari kita lebih gemar membeli terus komputer daripada stokis2 komputer di pasaran sekarang. Tahukah anda yang membina komputer itu amat mudah sekali. Tidak perlu jadi expert IT pun.
Sekiranya anda membina sendiri komputer peribadi, maka anda akan mendapat kelebihan seperti berikut:-
1. Menjimatkan kos – Sekiranya anda membina komputer untuk kegunaan office, maka dengan cara ini kos dapat dijimatkan.
2. Dapat memilih kompenan yang lebih berkualiti – anda mendapat lebih banyak pilihan untuk memilih kompenan seperti Motherboard, RAM, Hard drives, Chassis, PSU, dan tidak terkecuali Thermal Paste di processor. Segalanya atas keputusan anda sendiri.
3. Komputer lebih mudah untuk dinaik taraf apabila sudah outdated – Kompenan komputer paling lama akan bertahan 3 tahun sahaja, kemudian segala kompenan akan outdated, terutama pada graphics card dan processor. Tips untuk lebih mudah menaik taraf komputer pada masa akan datang, sila pastikan pemilihan motherboard dan power supply adalah yang paling terbaik.
4. Overclocking lebih mudah dilakukan – Dengan pemilihan kompenan yang tepat dan berkualiti terutama pada motherboard, power supply, cooler, dan processor, maka proses Overclocking menjadi lebih mudah dan kurang risiko. Untuk mengetahui apa itu overclocking sila rujuk entri ni http://speakersekolah.blogspot.com/2011/09/cara-overclock-pc.html (entri ni dah lama, untuk rujukan sahaja okey, nanti ada masa saya update entri overclocking yang terbaru)
5. Lebih senang membuat Modding – Ni part aku rasa paling best bila kita membina sendiri komputer. Walaupun modding tdak akan meningkatkan prestasi dan membuang duit, tapi modding dapat menjadikan komputer anda lebih ceria (kononye). Faktor ni juga menyebabkan aku lebih memilih komputer peribadi daripada memilih laptop, netbook,ipad dan yang sama waktu denganya.
6. KEPUASAN – siyes, apa2 sahaja perkara hasil titik peluh kita sendiri akan mendatangkan kepuasan.
Kalau ada pro mesti ada kontra kan? Sekarang aku senaraikan pula KEKURANGAN membina komputer peribadi.
1. Kompenan terdedah kepada elektrostatik – walaupun benda ini jarang2 berlaku tapi benda ni paling gerun woo0. Serba sedikit tentang elektrostatik http://en.wikipedia.org/wiki/Electrostatics
2. Terdedah kepada bottleneck – Kalau anda jenis main sambar je kompenan tanpa google dulu sebelum membeli, peluang terdedah kepada bottleneck lebih tinggi. Serba sedikit tentang bottleneck http://speakersekolah.blogspot.com/2013/04/serba-sedikit-tentang-bottleneck.html
3. Lupa – Manusia tak lari dari terlupa, benda yang paling ramai orang lupa dan anggap tak penting adalah untuk menyalit sedikit thermal paste/thermal grease/thermal compound pada processor sebelum memasang cooler.
Ok bye..




